Nantikan drama adaptasi novel ‘Umar’ karya Fariesya Fauzy akan disiarkan di Astro Oasis. Drama terbitan Suhan Movies & Trading diarahkan oleh Hadith Omar. Dibintangi oleh Izzue Islam, Uqasha Senrose dan Mikael Noah. Saksikan drama Umar bermula 2 Mac 2025, setiap Ahad jam 7 malam di Astro Oasis.
Umar
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2025
Waktu Siaran: Ahad, 7:00 malam
Rangkaian: Astro Oasis, Astro One, sooka
Penulis Skrip: Nieza Nahar & Najwa Shazzly
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Firaz & Arman
Uqasha Senrose sebagai Damia
Mikael Noah sebagai Umar
Haidar Hasanudin
Faya Kusairi sebagai Noryz
Nik Rifaie sebagai Kay
Azhar Amir
Sinopsis Umar
Umar, anak yatim yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Damia, dibenci penduduk kampung kerana kenakalannya. Ramai mahukan Umar dibuang dari kampung tapi ditentang keras oleh Damia dengan alasan Umar tiada saudara mara lain.
Muncul Firaz, abang kembar arwah ayah Umar, yang datang untuk menuntut hak jagaan Umar. Damia tiada pilihan selain melepaskan Umar kepada Firaz tanpa mengetahui Firaz sebenarnya tiada niat langsung untuk menjaga dan membesarkan Umar.