Nantikan drama bersiri Seribu Tahun, naskah terbaru karya Shahrulezad Mohameddin akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Ramadan 2025. Dibintangi oleh Emma Maembong, Azhan Rani, Noorkhiriah, Laila Nasir dan ramai lagi. Saksikan drama ‘Seribu Tahun’ disiarkan bermula 5 Mac, setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One dan sooka.
Seribu Tahun
Episod: 24
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2025
Waktu Siaran: Rabu – Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro One, sooka
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Imaan Suhana
Azhan Rani sebagai Syukri
Noorkhiriah sebagai Nor
Laila Nasir sebagai Dato Norish
Ali Reza sebagai Azrul
Ieda Moin sebagai Ika
Shyrim Husni sebagai Dato Karim
Ziema Din sebagai Datin Sofea
Zarif Ghazzi sebagai Dr Fakhrul
Amy Nurtinie sebagai Gyna
Nazrief Nazri sebagai Dr Azhar
Didie Alias sebagai Kak Oyen
Azrul Zaidi sebagai Beego
Norreen Iman sebagai Nurse Zah
Ashraf Muslim sebagai Dr Nizam
Elly Suhaili sebagai Cik Idah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Seribu Tahun Lagi
Penyanyi: Imran Ajmain
Lirik: Amylea Azizan
Sinopsis Seribu Tahun
Puteri Imaan Suhana, seorang wanita muda yang memberontak dan dibesarkan tanpa banyak bimbingan agama, bersama Datin Norish, seorang ibu tunggal yang berjaya membesarkan satu-satunya anak perempuannya selepas kematian suaminya.
Segalanya bermula apabila Imaan terkejut dengan kejadian yang mengubah hidupnya, apabila dia hamil dengan anak luar nikah, hasil hubungan terlarang bersama teman lelakinya, Azrul.
Setelah dikhianati oleh teman lelakinya Azrul, Imaan dalam keadaan hamil melarikan diri ke sebuah desa terpencil dan berkahwin dengan Shukri, seorang lelaki sederhana yang mencintainya tanpa syarat.
Bertahun kemudian, Imaan meninggalkan anak mereka. Shukri membesarkan anak itu seorang diri hingga diserang Alzheimer. Imaan kembali untuk menuntut hak penjagaan, mencetuskan pertempuran emosi antara ibu dan bapa.