Nantikan drama bersiri ‘Menantu Dari Amsterdam’ lakonan Danial Dashuki dan Nadiyah Shahab akan disiarkan mulai 1 Mac ini, setiap hari, pukul 5.30 petang di TV Okey.
Menantu Dari Amsterdam
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 1 Mac 2025
Waktu Siaran: Setiap Hari, 5:30 petang
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Idea Asal: Raja Azidah Raja Jaafar
Penulis Skrip: Raja Azidah Raja Jaafar, Alana Ahmad, Adam Fariz Azlisyam
Pengarah: Shamsul Akmal
Produksi: Rumah Produksi Merah Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Danial Dashuki sebagai Azka
Nadiyah Shahab sebagai Johanna Philou
Normah Damanhuri sebagai Hajah Zainab
Awie sebagai Zulkifli
Khaty Azian sebagai Mak Kintan
Elly Arifin sebagai Adira
Zalif Sidek sebagai Yusof
Danie Anwa sebagai Ismail
Amierah Nashihin sebagai Hanis
Khalida Balqis
Farez Ridzwan
Adrianna Qasmia
Wanns Ahmad
Nazia Mustafar
Sinopsis Menantu Dari Amsterdam
Kisah Johanna Philou Zulkifli, seorang mahasiswa tahun akhir jurusan psikologi di sebuah universiti di Amsterdam, berusia 21 tahun dan berdarah kacukan Belanda-Melayu. Ibunya telah meninggal dunia, dan kini dia tinggal bersama bapanya, Zulkifli, di Amsterdam. Konflik timbul apabila bapanya yang sedang sakit memohon agar Johanna berkahwin dengan seorang lelaki yang mampu menjaga dirinya selepas ketiadaannya.
Azka, seorang pemuda dari Terengganu yang ditugaskan untuk berkursus di Amsterdam selama 6 bulan. Azka mula rasa serba salah dengan janjinya kepada ibunya, Hajah Zainab yang dia akan pilih calon menantu sebaik dia pulang dari Amsterdam.