Drama Rahsiamu Selamat Denganku berpusat pada Profesor Hana, seorang peminat tegar K-pop yang menyembunyikan minatnya demi menjaga reputasi profesionalnya.
Beliau bertemu dengan Profesor Rafel, seorang akademik baharu di universiti yang tidak menyukai tingkah laku peminat fanatik. Walaupun pada mulanya mereka berselisih faham, Hana kemudian mendapati bahawa Rafel sebenarnya seorang ‘geek’ yang obses dengan Harry Potter dan turut menyembunyikan minatnya daripada pengetahuan umum.
Dalam masa yang sama, universiti mereka menghadapi ancaman daripada aplikasi berbahaya bernama ‘Live or Die’ (LOD) yang mendorong pelajar kepada tingkah laku membahayakan diri. Hana dan Rafel bekerjasama untuk menangani isu ini, sambil melalui proses penerimaan diri dan perasaan yang semakin mendalam antara satu sama lain
Senarai Pelakon & Lagu Tema
Drama 16 episod ini diarahkan oleh Jade dan Faliq Sharif, hasil kerjasama antara MS Orange Solutions Sdn Bhd dan syarikat produksi Korea, Blimey Studio
Drama Rahsiamu Selamat Denganku ini diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air seperti berikut:
Watak Pelakon
Prof Rafel Alvin Chong
Prof Hana Siti Khadijah Halim
Natalia Adriana Adnan
Mikhael Fadlan Hazim
Meena Hana Tiha
Sam Azri Safix
Nadia Fara Nadiah
Marini Adrina Kamaruddin
Zack Hazeeq Dean
Johnny Nik Rifaie
Raudah Dayana Roza
Rabiah Ramona Zamzam
Kady Sabrina Azhar
Nadia Khan Fara Nadiah
Mira Amira Azman
LAGU TEMA
Tajuk: Cinta Tak Sengaja
Penyanyi: Alvin Chong & Siti Khadijah Halim
Komposer: Amanda Gnai Song Hui, Foong Le Xin
Lirik: Brendan Lim Seng Meng, Puteri Adrianna Cinta Megat Faizal
Rahsiamu Selamat Denganku ialah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Jade dan Faliq Sharif dibintangi oleh Alvin Chong dan Siti Khadijah Halim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 9 Disember 2024
Mengisahkan tentang Profesor Hana (Siti Khadijah Halim) seorang wanita yang kelihatan sempurna sebagai pakar akademik namun siapa sangka, di balik kerjayanya yang terhormat, tersembunyi satu rahsia yang tidak pernah dibayangkan oleh rakan sejawatannya. Hana sebenarnya adalah seorang peminat tegar K-Pop.