This content is for subscription plan only.
Sign Up and select your plan.
Upgrade Now

Memoir Seorang Guru

7.0
42 Views
0
20241 hr 44 minutes1080p

Memoir Seorang Guru merupakan sebuah filem yang di adaptasi dari sebuah novel Memoir Seorang Guru yang dikarang oleh Allahyarham Azizi Abdullah. Filem ini di arahkan oleh Kyoll Hamzah

Sunan adalah seorang guru yang tidak menyukai karier perguruannya. Dia hanya bertugas untuk menerima gaji bulan dan melangsaikan hutangnya di bank setelah kematian isterinya.

Dia ditugaskan ke sebuah sekolah di pedalaman, jauh dari bandar besar. Dimana para penduduknya diuliti kemiskinan dan sedikit sebanyak memberi kesan pada anak-anak mereka yang masih bersekolah dan tidak mengerti erti kehidupan.

Waktu demi waktu, Cikgu Sunan mula menghayati erti seorang pendidik apabila secara peribadi dia mendekati kehidupan mereka.

Bermula dengan menyelami perspektif dunia dari sisi kehidupan Alias yang bekerja menyara keluarga setelah bapanya lumpuh akibat kemalangan semasa mengait kelapa.

Dia juga mula rapat dengan Mihad yang sentiasa menghabiskan masa menerokai alam. Akan tetapi disitulah terjadinya satu peristiwa yang menyebabkan Sunan terus dibelenggu rasa bersalah.

Share

Movies
Tv Shows
Videos
Search