Nantikan drama Dendam Seorang Madu akan mengisi slot Tiara di Astro Prima. Drama bersiri 50 episod diarahkan oleh Riza Baharuddin, diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Menampilkan Redza Rosli, Hannah Delisha dan Sweet Qismina selaku teraju utama.
Drama Dendam Seorang Madu disiarkan bermula 3 Mac 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105). Selain itu, drama ini boleh distrim melalui Astro One dan sooka.
Dendam Seorang Madu
Episod: 50
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2025
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima, Astro One, sooka
Penulis Skrip: Firul / Panel Skrip MIG
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Hannah Delisha sebagai Putri Rayhana
Redza Rosli sebagai Faris Alfian
Sweet Qismina sebagai Izara
Emelda Rosemila sebagai Hanum
Lisdawati sebagai Ramlah
Azizah Mahzan sebagai Nek Tom
Shah Iskandar sebagai Imran
Dian P Ramlee
Lorenzo Irmann
Zeera Azizi
Aida Khalida
Lagu Tema (OST)
Lagu: Tipu Helah
Penyanyi: Hannah Delisha
Sinopsis Dendam Seorang Madu
Mengisahkan Putri Rayhana, seorang gadis muda yang hidup dalam serba kekurangan bersama neneknya yang tegas serta ibunya yang mengalami gangguan mental. Demi mendapatkan wang untuk rawatan ibunya, Putri Rayhana terpaksa menerima perkahwinan yang diatur oleh neneknya dengan seorang lelaki bernama Faris Alfian, anak kepada seorang CEO syarikat besar.
Namun, selepas berkahwin, Putri Rayhana mendapati bahawa Faris sudah bernikah secara rahsia dengan Izara, pembantu peribadinya. Faris meminta Rayhana merahsiakan perkara itu daripada ibunya, Hanum, yang sebenarnya memiliki agenda tersembunyi, mengawal harta pusaka dan memastikan anaknya menjadi pewaris tunggal syarikat keluarga.