Biography

Azira Shafinaz Ramlan (lahir 26 September 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan drama TV lakonannya termasuk Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel dan Seribu Rindu.

Azira Shafinaz dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Azira memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Azira Shafinaz merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam bersama dua rakannya, Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana). Single sulung kumpulan ini, “#Supergirls” mendapat tontonan melebihi 1 juta di YouTube dalam masa tiga minggu sahaja sekaligus memperkenalkan Azira dan De Fam kepada perhatian umum dan media.

Lakonan pertama Azira hadir pada 2012 apabila beliau melakonkan peranan kecil sebagai Ayra dalam drama Dan Bila Esok di TV3. 3 tahun kemudian, beliau memegang watak utama sebagai Mira dalam siri drama waktu perdana TV3, Mimpi Mira. Profil beliau dalam bidang lakonan dikenali umum apabila beliau bergandingan bersama Syafiq Kyle menerusi drama Married Tapi Benci di Slot Lestary TV3, di mana beliau memegang watak sebagai Rina, seorang pelajar baharu di kolej mempunyai raut wajah yang jelita dan mempunyai perasaan benci dengan lelaki.

Kerjaya filem beliau bermula dengan memegang watak sebagai Anna dalam filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof. Untuk filem ini, beliau menggunakan khidmat seorang ustaz untuk menekuni al-Quran dengan baik.