Biography
Nur Amirah Filzah Badioezaman (lahir 2 April 1993) atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia.Menjadi antara artis wanita yang terlaris di Malaysia. Antara drama terkenal lakonan beliau ialah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019), Sweet Dreams (2019), Adellea Sofea (2019–2020) dan Bidadari Kiriman Tuhan (2020). Filem lakonan beliau termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019). Selain berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls. South China Morning Post telah menyifatkan beliau sebagai “Malaysia’s ultimate girl’s next door”
Mira Filzah dilahirkan pada 2 April 1993 di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Faziatul Akmar Hisan dan Badioezaman Ab Khalik. Adik bongsunya ialah Aina Fadhilah.[7] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan merupakan lulusan dalam perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM)