Biography

Mohd Shukri bin Yahaya (lahir 13 Jun 1988) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko.

Beliau telah membintangi sejumlah drama bersiri yang popular antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Kerana Dia Manusia Biasa (2019), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), Rindu Awak Separuh Nyawa (2021) dan Andai Itu Takdirnya (2023).

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi beberapa anugerah menerusi lakonannya dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir dan Split TV Series.

Beliau mengembangkan bakatnya di dalam bidang pengarahan menerusi telefilem Raya Talak Satu (2022) untuk siaran Astro Ria.

Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1988 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik. Beliau memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau memulakan kerjaya awalnya dalam sektor korporat dengan memiliki dua pengalaman bekerja iaitu sebagai kerani bank dan membuat kerja audit. Beliau pernah berkhidmat sebagai kerani di Bahagian Sumber Manusia Bank Mualamat di Jalan Melaka, Kuala Lumpur. Semasa tempoh beliau di Bank Muamalat, beliau mengendalikan program dalaman institusi itu selain membantu pasukan kerja.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juruaudit di PricewaterhouseCoopers (PwC) dalam tempoh jangka pendek. Selain itu, beliau pernah membuat kerja audit di syarikat kedai serbaneka 7-Eleven, Watsons dan Maxis. Beliau bersama rakan sekerja sering dibawa menaiki bas untuk menjalankan audit di premis cawangan