Biography
Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle (Jawi: شفيق کائل; lahir 24 Jun 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis. Sejak itu, Syafiq telah membintangi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Nur (2018-19), Seribu Nina (2022) dan One Cent Thief (2022). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Langsuir (2018) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Pusaka (2019), Saka Nan Sepi (2020), Polis EVO 3 (2023), Sheriff: Narko Integriti (2024), The Experts (2024) dan Takluk: Lahad Datu (2024)
Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1992 sebagai Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak di Kuala Lumpur. Syafiq merupakan lulusan dalam Diploma Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki