Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbitkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Malaysia bersama Al Jazeera Children’s Channel (JCC). Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem cetera ini, sebaliknya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005.

Dua episod rintis (pilot) disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007.[1]

Dua episod rintis (pilot) disiarkan di STAR World sebagai previu pada Februari 2014 dan Mediacorp Saluran 5 pada April 2023.

Setakat ini, Saladin diterbitkan selama satu musim 13 episod, dan disiarkan di Al Jazeera Children’s Channel untuk penonton Timur Tengah mulai 17 September 2010[2], akhirnya disiarkan di TV1 di Malaysia[3] mulai 20 November 2010.[4]

Pada 29 Januari 2025, Siri animasi Saladin disiarkan di Astro Ceria setiap Rabu jam 10:30 malam dan siaran ulangan di Astro Prima setiap Sabtu jam 11:00 malam