Switch Mode
dia bukan syurga poster
Dia Bukan Syurga
Rating 8.5
Trailer
Bookmark

Dia Bukan Syurga

Watch full episodes Dia Bukan Syurga, download Dia Bukan Syurga english subbed, Dia Bukan Syurga eng sub, download Dia Bukan Syurga eng sub, stream Dia Bukan Syurga at DramaTvOnline.Net.
Status: Completed Network: Studio: Released: May 19, 2025 Duration: 42 minutes Country: Type: Drama Episodes: 32 Director: Casts: , , Released on: Updated on:
Watch streaming Dia Bukan Syurga English Subbed on DramaTvOnline.Net. You can also download free Dia Bukan Syurga Eng Sub, don't forget to watch online streaming of various quality 720P 360P 240P 480P according to your connection to save internet quota, Dia Bukan Syurga on DramaTvOnline.Net MP4 MKV hardsub softsub English subbed is already contained in the video.

Synopsis Dia Bukan Syurga

Nantikan drama adaptasi novel Dia Bukan Syurga karya Rissa Ahdiya akan disiarkan menerusi slot MegaDrama Astro Ria. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Dibintangi oleh Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi dan Nazim Othman. Drama Dia Bukan Syurga bersiaran bermula 19 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One dan sooka.

Dia Bukan Syurga
Episod: 32
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, sooka, Astro One
Penulis Skrip: Panel Script Astro
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ezzanie Jasny sebagai Nuha
Niezam Zaidi sebagai Tajul Idlan
Nazim Othman sebagai sebagai Arham
Sharul Kamal sebagai Haikal
Syazuwan Hassan sebagai Norman
Anas Ridzuan sebagai Faizal
Qazem Nor sebagai Rushdi
Siew Engg sebagai Effa
Dian P Ramlee sebagai Mona
Dato A. Tamimi Siregar sebagai Hashim
Zizi Hazirah
Rian Shain
Dayana Roza
Nasz Sally
Fezrul Khan
Mimi Ernida
Rahhim Omar
Lydia Saimon

Sinopsis Dia Bukan Syurga
Cinta Nuha kepada Tajul, bukanlah hanya sekadar lafaz. Cinta itu ikhlas dari hati biarpun kadangkala sikap Tajul sangat menyakitkan hati. Sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta membuatkan Nuha terasa lemas. Namun, demi cinta yang tidak berbelah bahagi ditambah dengan rasa simpati, Nuha turutkan kata hati biarpun adakalanya dia rasa ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.

Perkahwinan yang disangka dapat mengubah sikap Tajul, hanyalah tinggal impian semata-mata. Selepas berkahwin, semakin teruk Nuha menjeruk rasa. Namun segalanya dipendam demi memastikan perkahwinan mereka kelihatan bahagia dan sempurna di mata semua. Bagi Nuha, sikap cemburu buta dan panas baran Tajul mendera jiwa, tapi bagi Tajul, bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Puas sudah Nuha merayu, Nuha menangis, namun segalanya sudah terlambat. Dek satu insiden, jodoh yang disangka kekal hingga ke syurga, terlerai juga. Bertahun Nuha memulihkan diri, mengubati hati. Sehinggalah dia bertemu dengan Arham yang pernah dahulunya dia kenali. Arham yang sering membelanya, Arham yang sering cuba untuk melindunginya.

Tapi bukan mudah semua itu untuk Nuha. Menerima Arham, seolah-olah menerima Tajul ke dalam hidupnya semula. Tidak! Nuha tidak rela untuk mengulang kesilapan yang serupa. Mampukah Arham mencairkan sekeping hati milik Nuha meskipun tahu yang bayang-bayang Tajul turut ada bersamanya? Adakah Arham syurga yang Nuha tunggu-tunggu selama ini?

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *