Switch Mode
Terima Kasih Cinta
Rating 8.1
Trailer
Bookmark

Terima Kasih Cinta

Watch full episodes Terima Kasih Cinta, download Terima Kasih Cinta english subbed, Terima Kasih Cinta eng sub, download Terima Kasih Cinta eng sub, stream Terima Kasih Cinta at DramaTvOnline.Net.
Status: Upcoming Network: Studio: Released: Nov 30, 2022 Duration: 42 minutes Country: Type: Drama Episodes: 20 Director: Casts: , , Released on: Updated on:
Watch streaming Terima Kasih Cinta English Subbed on DramaTvOnline.Net. You can also download free Terima Kasih Cinta Eng Sub, don't forget to watch online streaming of various quality 720P 360P 240P 480P according to your connection to save internet quota, Terima Kasih Cinta on DramaTvOnline.Net MP4 MKV hardsub softsub English subbed is already contained in the video.

Synopsis Terima Kasih Cinta

Nantikan drama adaptasi novel Terima Kasih Cinta karya Aisya Sofea dibintangi oleh Amar Baharin, Anna Jobling, Rita Nadira dan Azrel Ismail. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Azri Izhar, terbitan Global Station Sdn Bhd. Terima Kasih Cinta bersiaran mulai 30 November ini di slot Akasia, pada Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam, di TV3.

Terima Kasih Cinta

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 30 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Ayuni Zamani
Penulis Novel: Aisya Sofea
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Wan Sharmila, Aida Khalida, Maryam Annisa, Kiky Hannah, Noniswara, Syafnida Shuhaimi, Faez Malek, Azhar Amir, Aleza Shadan, Laila Nasir, Shah Rezza

Watak Pelakon

Amar Baharin sebagai Dr Harris
Anna Jobling sebagai Wan Raihana
Rita Nadira sebagai Dr Nora
Azrel Ismail sebagai Razman
Aida Khalida sebagai Ummi
Maryam Annisa sebgai Lea
Kiky Hannah sebagai Yaya
Noniswara sebagai Tokma
Azhar Amir sebagai Tokpa
Faez Malek sebagai Dr Adam

Lagu OST: Jangan Lepas Tanganku – Sufi Rashid

Sinopsis Terima Kasih Cinta

Pertemuan antara Raihana dan dua anaknya yang masih kecil, Yaya dan kakaknya Lea, membawa kepada perselisihan dan pertengkaran antara Raihana dan Harris. Dengan desakan bahawa dia tidak memerlukan bantuan Raihana dalam menjaga anak-anaknya, Harris menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya.

Harris (Amar Baharin) merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea. Harris baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik.

Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana (Anna Jobling) demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya.

Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?

Watch Terima Kasih Cinta

Ep
Title
Release Date

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *